7 langkah mudah untuk memulakan projek NFT

  • Home
  • 7 langkah mudah untuk memulakan projek NFT
Shape Image One

Macam mana cara nak mula untuk buat sesuatu projek NFT di Pentas? Ramai orang buat kesilapan di mana dia sendiri tidak tahu untuk memulakan projek NFT tersebut. Jadi di sini saya hendak berkongsi cara-cara untuk mula membuat koleksi NFT anda. Untuk penulisan saya kali ini, saya mahu menceritakan tentang cara-cara untuk membuat projek NFT collectable anda sendiri.

1. Pilih kategori/niche

 Jadi anda perlu fikir kategori yang bagaimanakah yang anda boleh buat dan bawa benda ni dalam jangka masa yang agak panjang. Jika anda memang berbakat dalam menghasilkan karya sendiri, anda boleh membuatnya sendiri yang dikategorikan sebagai “fine art“. Contohnya seperti Tun Aqhari, Sue Ana Joe dan ramai lagi. Jika anda tidak berbakat pula tapi anda mahu buat, anda boleh  menubuhkan satu kumpulan untuk membuat bersama-sama. 

Kebanyakannya membuat projek “collectable” seperti Rich Cat Nation, Konfederasi, Guin Gang dan sebagainya. Projek NFT collectable ini memerlukan tumpuan sepenuhnya. Jika anda membuat kerja ini berseorangan dan membuat secara sambilan, agak susah sebenarnya untuk pergi ke peringkat yang lebih jauh disebabkan anda perlu meluangkan masa yang agak banyak. Contohnya seperti menjaga media sosial, komuniti, pembangunan projek anda dan sebagainya. 

Selain itu, ada beberapa kategori lagi di dalam NFT ni seperti musik, hartanah, meme, event/ticketing & gaming. Jadi anda boleh pilih dahulu kategori yang anda boleh memberikan tumpuan sepenuhnya dan komitmen sebelum bermula. 

2. Kegunaan/Use cases

Sebab kenapa projek “profile picture(PFP)” mendapat sambutan hangat di dalam dunia NFT bukan hanya sebab harimau yang cantik, lembu yang comel, monyet atau apa-apa pon binatang yang lain. Ianya disebabkan projek-projek ini memenuhi permintaan orang ramai tetapi dalam dunia NFT. Contohnya seperti mereka menyediakan servis lebihan kepada pembeli. Ada sesetengah projek akan menyediakan khidmat seperti kelas online, menanam pokok untuk memastikan bumi ini hijau dan sebagainya.

Jadi dekat sini, saya tak mahu bagi contoh yang jauh seperti Board Ape Yatch Club (BAYC) ataupon Crypto Punk. Dekat sini saya nak bagi contoh beberapa projek di Pentas yang ada “use case/utility” yang bagus. Antaranya ialah Tigerpunk, Guin Gang, Fancy Fox dan Sang Rimba

Guin Gang & Fancy Fox menyediakan kelas eklusif untuk pembelinya. Sesiapa yang membeli hasil karya tersebut, dia secara automatiknya akan dapat sertai kelas yang disediakan. Maksudnya disini ialah projek-projek ini menjadikan NFT mereka tersebut sebagai tiket untuk sertai kelas tersebut. Fancy Fox menyediakan kelas “Programming” kepada kanak-kanak. Sudah tentu kanak-kanak tidak pandai untuk membeli NFT tersebut tapi saya pasti bahawa creator/collector di Pentas mempunyai anak-anak mereka masing-masing. Jika ayahnya membeli satu NFT Fancy Fox, anak-anaknya layak untuk menyertai kelas tersebut dan juga mereka akan menyediakan beberapa buku khas untuk mendidik kanak-kanak mengenai NFT ini.

Tigerpunk pula mengambil inisiatif ini dengan menyumbang hasil jualan NFT dan tenaga mereka kepada pelajar-pelajar sekolah rendah di pedalaman dengan membuat “School of NFT“, Mereka juga pernah membuat “crowd fund” untuk mengumpul dana dan mereka berjaya untuk membeli lebih dari 5 buah Ipad kepada pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Sungai Rual untuk terus berkarya. Hal ini kerana mereka ingin memastikan supaya pelajar-pelajar pedalaman mendapat pendedahan yang secukupnya dan boleh menjadi salah satu karier mereka pada masa hadapan.

Ada projek seperti Sang Rimba pula, mereka ini menggunakan hasil jualan mereka untuk memastikan bumi ini sentiasa hijau. Contohnya seperti mereka akan menanam satu pokok atas hasil jualan NFT mereka untuk memastikan bekalan oksigen berkekalan, mengelakkan banjir lumpur, tanah runtuh dan sebagainya. Inisiatif ini sangat baik untuk kita teruskan supaya dapat mengurangkan risiko-risiko dari kejadian alam ini sebelum terlambat.

 Jadi di sini, NFT bukan sekadar anda menjual gambar JPEG dan simpan, “It’s beyond”. Contoh di sini bermaksud mereka cuba memenuhi keperluan masyarakat lain bergantung kepada demografi tertentu. Berbalik kepada asas ekonomi iaitu “supply and demand“.

2. Apakah nilai, visi dan misi anda?

NFT masih lagi di aras evolusi dan masing-masing masih lagi mencuba untuk mencari jawapan dan solusi yang terbaik agar dapat menarik lebih ramai orang untuk sertai dalam dunia ini. Meniru orang bukan jalan yang terbaik dalam dunia ini. NFT dan matawang kripto masih lagi di paras innovasi, ini bermakna banyak lagi peluang yang akan diwujudkan kelak. Jadi sebelum anda melancarkan sesuatu projek, anda kena siapkan dahulu asas ini dengan memastikan visi dan misi anda dapat menarik minat untuk orang membeli. Anda juga boleh membuat “business model canvas” anda juga. 

Selain itu, membuat roadmap adalah satu benda yang sangat penting. Hal ini kerana melalui roadmap ini, pembeli akan merasa lebih yakin untuk membeli hasil karya anda disebabkan anda telah menyatakan visi dan misi anda yang sangat jelas. NFT ini bukan short term game, jadi anda perlu jelas dalam menyatakan sesuatu perkara untuk meyakinkan lebih ramai lagi orang untuk membeli hasil karya anda dan dapat menikmati segala benda yang anda sediakan kepada mereka.

Untuk memastikan projek NFT anda berjaya, anda kena membawa nilai yang memberikan manfaat yang lebih kepada masyarakat atau komuniti. Dengan cara ini, orang lebih berminat untuk membeli dan memiliki kerana kebanyakannya orang akan menilai apa yang anda ingin lakukan dengan projek NFT anda tersebut. Bagi pendapat saya sendiri, saya sangat jarang membeli hasil karya “collectables” yang tiada apa-apa manfaat. Saya lebih mengutamakan manfaat yang saya akan dapat selepas membeli supaya saya rasa berbaloi dengan harganya walaupon karya itu bernilai lebih 1000 USD. 

Antara contoh projek yang bermanfaat adalah seperti yang saya terangkan di point nombor 1 tadi. Ada pelbagai projek lagi yang banyak manfaatnya tetapi saya tidak sempat untuk menulis semuanya. Jika anda ingin membuat projek NFT collectable anda sendiri, saya sarankan untuk anda buat sesuatu yang memberikan nilai yang baik kerana hal ini akan memberikan impak yang maksima kepada projek anda.

3. Jangan buat berseorangan

If you wanna go fast, go alone. If you want to go far, go together“. Untuk projek collectable, saya menyarankan anda untuk bermula dengan berpasukan sekurang-kurangnya dengan dua orang. Seorang yang pandai membuat hasil karya dan seorang lagi untuk membuat pemasaran di media sosial. Berdasarkan pemerhatian saya, sesetengah artis-artis sangat introvert dan kurang tahu mengenai pemasaran ini. Ini sangat penting supaya anda dapat memberikan pendedahan yang lebih luas mengenai projek anda. Jadi, bab pemasaran ni sangat penting untuk memastikan hasil karya anda terjual. Sebaiknya anda perlu ada pasukan seperti berikut:

  1. Artis – untuk menyediakan dan memastikan hasil karya
  2. Marketer/Social media marketer – untuk memastikan karya tersebut mendapat sambutan dan menarik lebih ramai pengumpul/pembeli.
  3. Moderator komuniti – untuk memastikan komuniti anda aktif dan selalu berinteraksi dengan komuniti supaya pengumpul rasa lebih dihargai dan lebih yakin dengan anda. Antara tempat-tempat utama untuk bergaul dengan komuniti ini adalah dengan menggunakan aplikasi Discord.
  4. Website developer/Freelance dev – website sangat penting untuk projek collectable ini. Ini lah tempat di mana anda mahu menceritakan segala tentang projek anda. Ianya dijadikan sebagai portfolio projek anda. Anda juga boleh mencari freelance dev untuk membuat satu website khas untuk projek anda. Bagi pendapat saya, ianya wajib ada untuk memastikan projek anda lebih menonjol dan memastikan orang faham mengenai nilai, visi & misi yang kita ingin sampaikan kepada komuniti. Ini belum saya cerita pasal Web 3.0 developer, jika anda ada seorang ahli yang pandai dalam bidang ini, itu bonus sebabnya. Apa itu Web 3.0? Nanti saya ceritakan kemudian.
Tidak mengapa untuk anda mula bersendirian, tetapi anda perlu aktif untuk mencari lebih ramai kenalan dan membentuk satu pasukan yang terbaik. Benda baik memang ambil masa. Ada juga pengasas yang pandai bab pemasaran dan membuat karya, itu bonus. Tetapi kebanyakannya tidak boleh fokus 100% kepada karyanya sebab terlalu sibuk. Pastikan anda rekrut orang yang pandai dalam sesuatu bidangnya. Lagi satu, rajin berinteraksi dengan komuniti adalah satu benda yang sangat baik untuk memberikan lebih pendedahan.

4. Atur garis masa sebaiknya

Semua benda jika di atur dengan baik akan menjadi sangat sempurna. Jadi, anda perlu rancangkan garis masa yang tersusun rapi sebelum anda melancarkan projek anda. Pastikan anda sudah mengorak langkah yang baik sebelum melancarkan sesuatu benda untuk mendapatkan impak yang maksimum. Periksa 3-4 kali hasil karya anda, belajar cara untuk melancarkan projek, siapkan bahan pemasaran dengan baik dan baru lancarkan. Hal ini mungkin saya akan kongsikan juga satu hari nanti.

5. Tiada modal? Tiada bajet? Tiada masalah!

Bagi saya benda ini sebenarnya tiada masalah jika anda lakukan dengan betul. Anda perlu belajar perbezaan antara “recruit” dan “hire“. Dalam konteks ini, untuk mengurangkan modal dan juga untuk kurangkan risiko anda, anda boleh recruit orang yang pandai dalam bidang yang spesifik. Cara untuk cari orang sebegini adalah anda perlu aktif dengan komuniti. Apabila anda aktif dan kenal ramai orang, dari situ anda sudah boleh memulakan sesuatu projek. Jika tidak aktif agak susah untuk cari orang-orang yang sebegini kerana orang pon tidak kenal anda. Kesimpulannya, anda perlu aktif untuk kenal antara satu sama lain supaya anda boleh menubuhkan satu pasukan yang terbaik.

 

6. Pemasaran/Marketing

Pemasaran atau marketing ini semuanya berkenaan dengan visi yang anda ingin bawakan pada masa hadapan. Antara taktik-taktik pemasaran yang akan membuahkan hasil adalah dengan membuatkan ianya “hype“. Anda perlu membuat video dan poster teaser yang menarik supaya ianya dapat menarik perhatian orang supaya mereka semua ternanti-nantikan kedatangan projek tersebut. Buat sampai mereka kata “Take my money“. Banyak lagi jenis taktik marketing antaranya taktik Fear Of Missing Out (FOMO), dengan membuatkan ianya terhad supaya orang berebut-rebut untuk dapatkannya. Anda juga boleh membuat kolaborasi dengan projek-projek sedia ada di Pentas, menggunakan influencers, paid ads dan contest giveaway.

 

Kesimpulannya di sini, untuk pendedahan yang lebih baik untuk projek anda, anda sepatutnya perlu be authentic, jujur dan sentiasa kedepan. Anda tidak perlu tunjuk muka, anda cuma hanya perlu jadi orang yang bagus dan orang akan sokong anda. Kemudian, “Bring the value first before you get the value”. Anda perlu sentiasa beri nilai positif kepada penyokong atau komuniti anda. Seterusnya, komunikasi adalah salah satu kuncinya. Ini juga adalah penentu samada projek anda kurang sambutan ataupon mendapat sambutan yang gila-gila. Sentiasa berkomunikasi samada melalui Twitter, Telegram ataupon Discord. 

Akhir kata, ianya adalah berkenaan komuniti. Tanpa komuniti siapalah anda. Projek NFT anda boleh pergi jauh apabila orang sudah mula mempercayai anda. Kekalkan momentum ini sebab jika orang hilang kepercayaan, orang akan jual dan buang projek anda begitu saja. Bina komuniti disamping bina kepercayaan mereka. Itu sahaja daripada saya. Saya mengharapkan anda semua boleh lakukan yang terbaik. Untuk pertanyaan lebih lanjut selepas ini, anda boleh tanya saya di Discord channel Pentas.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *