Jenis-jenis dompet kripto

  • Home
  • Jenis-jenis dompet kripto
Shape Image One

Jenis-Jenis Dompet Kripto

Sebagai manusia biasa, kita mesti akan pastikan bahawa duit atau aset kita tersimpan rapi di suatu tempat yang selamat. Contohnya, kita menyimpan duit kita di dalam bank. Kerana disitu lah tempat yang kita rasakan selamat. Akan tetapi, kita akan gunakan dompet untuk menyimpan sebahagian duit yang akan digunakan untuk aktiviti harian kita kerana ianya agak selamat, tersusun rapi, mudah dibawa dan senang diakses.

Di dalam dunia kripto, kita juga ada dompet yang tersendiri untuk meletakkan matawang kripto di dalamnya. Kelebihan dompet kripto ini bukan setakat sahaja boleh diisi dengan matawang kripto, malah ia mempunyai suatu fungsi keselamatan yang menjaga aset kita daripada disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Setiap dompet kripto akan dilengkapi dengan kata kunci yang terdiri daripada 2 jenis iaitu kata kunci awam (public key) dan juga kata kunci persendirian (private key). Public key digunakan untuk menerima wang kripto. Ia juga boleh dicari di dalam lejer (seperti bscscan, etherscan atau polygonscan) untuk melihat transaksi yang berlaku dengan dompet kripto kita. Private key pula hanya digunakan untuk menanda transaksi dan mengesahkan bahawa kita adalah orang yang sah kepada public key kita. Private key tidak boleh sesekali dikongsikan kepada sesiapa pun mahupun keluarga atau rakan baik kita.

Dompet kripto terdapat 2 jenis iaitu Hot Wallet dan Cold Wallet.

1. Hot Wallet

Hot wallet adalah dompet yang sering digunakan kerana ia mudah disediakan dan senang digunakan. Ia juga bertujuan untuk digunakan untuk aktiviti seharian. Macam dompet yang ada di dalam poket kita. Contoh dompet hot wallet ialah Metamask, Luno, Binance, Trust Wallet dan lain-lain. Hot wallet juga memudahkan kita untuk berinteraksi dengan infrastruktur atau network chain kripto yang lain. Tetapi, kekurangan dompet ini adalah ia terdedah kepada penggodam.

2. Cold Wallet

Cold wallet adalah dompet yang berbentuk fizikal bagi menyimpan aset kripto kita. Simpanan di dalam cold wallet lebih selamat kerana ia diperbuat daripada perincian yang khas dan tidak dihubungkan bersama internet. Dompet ini berbentuk ala-ala USB Drive yang mempunyai random number generator untuk menjana private key dan public key dengan sendirinya. Contoh cold wallet ialah Trezor, Ledger dan KeepKey.

Leave a Reply

Your email address will not be published.