Bagi mereka yang baharu dalam dunia kripto pasti akan keliru antara dua jenis blokrantai ini iaitu: Binance Chain & Binance Smart Chain. Nama lebih kurang sama tapi ada perbezaannya. Jadi, penerangan selepas ini mungkin akan dapat menjelaskan kekeliruan anda terhadap teknologi dalam ekosistem kripto ini. Selamat menimba ilmu pengetahuan 🙂
Binance Chain (BC): blokrantai asal milik Binance yang dicipta untuk menawarkan perkhidmatan seperti platform perdagangan Binance.com tetapi dalam konteks tidak berpusat (decentralized).
Binance Smart Chain (BSC): sistem blokrantai lebih kurang seperti Binance Chain tetapi versi yang lebih berguna kerana mempunyai kebolehan untuk programmability dan interoperability.
Interoperability: keserasian operasi antara dua blokrantai yang berbeza seperti BSC-Ethereum.
Secara mudahnya, Binance Smart Chain (BSC) dan Binance Chain (BC) adalah dua blokrantai yang beroperasi secara berasingan tetapi dibangunkan oleh syarikat yang sama iaitu Binance. Binance Smart Chain boleh dikatakan lebih maju kerana mempunyai lebih banyak fungsi seperti membina aplikasi tidak berpusat (Dapps) dengan menggunakan kontrak pintar (smart contract) dan boleh beroperasi antara dua jenis blokrantai (interoperability) manakala Binance Chain hanya mengkhususkan perkhidmatan mereka dalam penawaran Binance DEX sahaja sebagai platform perdagangan tidak berpusat. Inovasi yang terdapat pada Binance Smart Chain ini menjadikan ianya sangat popular kerana mampu bersaing seiring dengan blokrantai berasaskan kontrak pintar seperti Ethereum yang merupakan blokrantai kedua terbesar dalam pasaran selepas Bitcoin.
Binance Smart Chain juga memanfaatkan kekurangan Ethereum yang mahal dari segi kos transaksinya dengan menggunakan mekanisma persepakatan Proof-of-Stake-Authority (PoSA). Mekanisma ini membolehkan BSC mengesahkan jumlah transaksi yang banyak dengan kos yang rendah serta mengambil masa yang singkat dalam pengesahan transaksi yang dilakukan oleh perserta rangkaian BSC. Pada Januari 2021 sahaja, lebih kurang selepas 5 bulan pelancarannya, Binance Smart Chain telah mencatatkan volum transaksi sebanyak $15 billion.
Untuk pengetahuan anda juga, Pentas.io merupakan aplikasi tidak berpusat (dApps) yang dibangunkan menggunakan kontrak pintar di atas Binance Smart Chain. Secara teknikalnya, Pentas.io juga boleh dipindahkan ke blokrantai Ethereum kerana konsep interoperability seperti yang disebutkan sebelum ini. BEP-20 adalah rangkaian utama yang digunakan sewaktu melakukan sebarang transaksi Binance Coin (BNB) atau interaksi dengan kontrak pintar seperti Pentas.io.
Ciri-ciri Binance Smart Chain:
1) Blokrantai yang beroperasi sendirian seperti Binance
Chain tetapi boleh berinteraksi antara satu sama lain.
2) Boleh dibangunkan pelbagai program/aplikasi tidak
berpusat (Dapps) menggunakan kontrak pintar yang sesuai dengan Ethereum Virtual
Machine (EVM).
3) Boleh melakukan transaksi rentas antara blokrantai
berbeza (cross chain).
4) Menggunakan Binance Coin (BNB) sebagai matawang utama
blokrantai ini dalam membayar gas fee dan staking.
5) BEP-20 sebagai protokol standard dalam mencipta coin/token
baharu dan juga sebagai rangkaian transaksi utama Binance Smart Chain.
Ekosistem Binance Smart Chain:
Lawati: Metamask
Lawati: Trust Wallet
– Pancakeswap
Platform ini berfungsi sebagai pertukaran asset digital tidak berpusat (DEX) yang utama di Binance Smart Chain. Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti staking, farming, liquidity mining, swap token dan sebagainya.
– Cream
Cream pula adalah platform penawaran pinjaman di Binance Smart Chain seperti Compound and Aave di blokrantai Ethereum. Jadi apabila anda ingin mengetahui lebih dalam mengenai Cream, tulis Cream Finance di enjin pencarian Google.
Lawati: Cream Finance
Lawati: Pancakeswap
– BscScan
Terima kasih kepada teknologi blokrantai yang telus kerana membolehkan anda melihat segala transaksi yang berlaku dalam rangkaian. Menggunakan BscScan, anda boleh melihat segala aktiviti yang dilakukan oleh sesiapa sahaja termasuk aktiviti anda dengan menggunakan alamat dompet kripto yang sedia ada.
– DefiStation.io
Perkembangan projek DeFi berlaku begitu pantas. DefiStation membantu anda dengan berfungsi sebagai papan kenyataan masa nyata untuk melihat pertumbuhan projek-projek tersebut di Binance Smart Chain. Jadi, anda dapat mengenalpasti projek yang sedang hangat dan melakukan pelaburan di dalamnya.
Amaran!!!: Sektor DeFi adalah sangat berisiko tinggi kerana banyak projek yang masih baru dan anda perlu melakukan kajian terperinci sebelum melabur modal anda dalam sesuatu projek tidak berpusat.
Lawati: Defi Station
Lawati: BSC Scan
Sangat luas skop ekosistem Binance Smart Chain bukan? Walaupun Binance Smart Chain masih dianggap sebagai blokrantai yang baru dan muda, perkembangannya dalam dunia kripto seperti NFT, DeFi, GameFi dan DEX sangat memberangsangkan sepanjang tempoh setahun beroperasi sewaktu artikel ini ditulis. Hal ini kerana, sektor industri kripto memang bergerak terlalu pantas dan setiap hari pasti ada sahaja projek baharu yang sedang dibangunkan. Oleh itu, seberapa pantas kita dapat menggapai dan menggunakan arus teknologi yang semakin berkembang ini? Sentiasa belajar dan tambah pengetahuan anda bersama kami – Pentas.io 😉
Sumber: Coin98 Analytics
Your information will never be shared with any third party